Tuesday 14 May 2013

kursus pembimbing rakan sebaya peringkat zon timur

Pada 9-11 Mei 2013 yang lalu, PRS SMSTMFP telah menghadiri satu kursus. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih para Pembimbing Rakan Sebaya menjadi seorang pemimpin yang bertaraf dunia. Pada tahun ini, SMS Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN) telah menjadi tuan rumah. Kursus ini diadakan di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang. PRS yang terlibat adalah PRS daripada tingkatan 4. Mereka adalah :

1. AIMAN NASHRIQ ROZLAN
2. MOHAMAD KHAIRUZAFEQ MOHAMAD JAMRI
3. TUAN MUHD SYAFIQ IZHAM TUAN HASSAN
4. MUHD ALAM ZAMAN ZAMRI
5. AHMAD AZRI AHMAD AZAM
6. SITI NUR ADAWIAH AB. WAHID
7. FATIMATUZZAHARA AHMAD
8. NUR ALIYA MOHD AZEMI
9. UMMI SALMI YUSOFF
10. NURUL AQILA FAKHRI

Kesemua PRS ini telah menghadiri kursus tersebut. Pelbagai input-input berguna telah kami perolehi sepanjang berada di sana. Sebanyak 17 buah sekolah berasrama penuh telah menyertai kursus ini. Pada masa yang sama, para PRS dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bagi mempertingkatkan prestasi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing. Sekolah yang terlibat adalah :

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN)
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK)
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT)
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan (INSTAR)
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS)
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub (SEMESTA)
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BRAINS)
Sekolah Menengah Sains Dungun (SEMERDU)
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT)
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS)
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA)
Sekolah Menengah Sains Jeli (JESS)
Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP)
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa (SMSTMFP)

Diharapkan dengan adanya program sebegini, para PRS dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari di sekolah masing-masing.

sedikit sebanyak saat-saat berada di sana yang sempat kami rakamkan.